Khamis, 8 November 2012

Tajuk : 1 Murid 1 Sukan 

PENDAHULUAN KARANGAN 

               Sedasarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia disegenap empat penjuru dunia berkaitan dengan isu 1 Murid 1 Sukan. 1 Murid 1 Sukan merupakan satu dasar yang baru yang digubal dan telah dikuatkuasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 1 Murid 1 Sukan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang diketegorikan dalam aktiviti kokurikulum yang mewajibkan setiap pelajar memilih sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti sukan yang mereka gemari mengikut pilihan pelajar itu sendiri. Kegiatan 1 Murid 1 Sukan telah dilancarkan sejak tahun 2008 sehingga sekarang supaya dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan sukan dalam kalangan murid di sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Program ini dilancarkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohammad Yassin. Dasar 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan dan mula dikuatkuasakan bagi melahirkan murid yang aktif dalam kegiatan sukan supaya dapat memajukan taraf sukan negara kita yang kian suram sejak akhir-akhir ini. Dasar ini mampu dilaksanakan sepenuhnya di setiap sekolah, sekiranya Kerajaan negeri memperuntukkan sedikit dana kepada sekolah-sekolah supaya dapat menyediakan peralatan sukan yang tidak terdapat di sekolah sehingga mampu merencatkan perkembangan kegiatan sukan di sesebuah sekolah. Oleh itu, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diatasi untuk kebaikan bersama dan terdapat pelbagai (kesan, masalah, sebab-sebab) apabila program 1 murid 1 sukan ini mula dilaksanakan.

ISI KARANGAN.

Kesan pelaksanaa program 1 Murid 1 Sukan: 

1. Melahirkan pelajar yang aktif dalam aktiviti sukan yang mampu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

2. Melahirkan lebih ramai pelajar yang sihat tubuh badan dan mempunyai minda cerdas

3. Dapat memupuk semangat bersukan dalam kalangan pelajar

4. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum 

5. Membentuk sahsiah, jati diri, nilai murni dan yang paling penting sikap berdisiplin.

6. Dapat memupuk perpaduan antara kaum

7. Menambah pengetahuan dalam kalangan pelajar

8. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan negara kita


Masalah dalam melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan:

1. Kekurangan dana atau peruntukkan daripada pihak kerajaan 

2. Kekurangan peralatan sukan dalam menjayakan program 1 Murid 1 Sukan

3. Kurang sokongan daripada pelajar dan ibu bapa yang tidak memberi galakkan 

4. Lebih mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbanding aktiviti kokurikulum


Sebab-Sebab pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan:

1. Untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar

2. Dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin

3. Mengurangkan masalah disiplin di sekolah

4. Kurang penglibatan dari para pelajar dalam aktiviti sukan 

5. Ramai pelajar yang mempunyai masalah obesiti


PENUTUP KARANGAN. 

            Akhirulkalah, sebagai pelajar kita perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana, untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti pada masa sekarang, 10% daripada markah keseluruhan akan diambil kira daripada markah kokurikulum. Markah kokurikulum akan dinilai oleh guru-guru penasihat bagi setiap aktiviti kokurikulum yang mereka wakili. Oleh itu, setiap pelajar perlu menyertai setiap aktiviti yang diadakan sama ada diperingkat sekolah, kawasan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa supaya mereka dapat mengumpul seberapa banyak markah kokurikulum bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran mereka di universiti. Banyak pihak yang mengharapkan agar para pelajar dapat memajukan sukan dengan bermula pada peringkat awal lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kesimpulannya, kita perlu berusaha dan berganding bahu bersama pihak sekolah dan kerajaan dalam melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan selaras dengan wawasan negara dan objektif pendidikan negara Malaysia.